Khamis, 20 Februari 2014

Tadi ada orang tanya apa SET UNTUK SENDI/ SAKIT LUTUT ?

Ini SET nya :
OSTEMATRIX + JOINT HEALTH TABLET + OMEGA GUARD

Awat nak kena makan sampai 3 jenis ni. Satu ajer tak boleh ke?
Jom kita fahamkan dulu apa fungsi setiap satu

1) Advanced Joint Health Tablet
- mengandungi GLUKOSAMINA iaitu blok pembinaan utama dalam membina tulang rawan dan bendalir sinovia (bendalit di antara pelipat sendi)
- mengandungi Vitamin C yang berfungsi menghalang kerosakan radikal bebas yang ditemui dalam bendalir sendi pesakit dan sendi yang mengalami keradangan

2) Ostematrix (kalsium Shaklee)
- bukan sekadar kalsium tapi ia juga mengandungi Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Tembaga dan Zink
- mengelakkan osteoporosis (tulang rapuh)

3) Omega Guard
- sebagai agen anti-inflamasi dalam sendi

Pm/Whatsapp 012-4018317
COD Kawasan sekitar Alor Setar

Selasa, 11 Februari 2014

Vitamin Shaklee

Vitamin Shaklee, Hanya yang terbaik dari Alam Semulajadi


Vitamin terbaik dari ladang  dan dari sumber Alam Semulajadi 

1. ENERGIZING SOY PROTEIN

• Sumber terbaik daripada kacang soya
• Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
• Protin mental
• Kolesterol “o” serta rendah lemak
• PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5

2.Vivix

• Anggur Muscadine - sumber terbaik antioksidan dan mempunyai ciri antiradang
• Elderberry atau Sambucus Nigra - ebantu penyembuhan diabetes, perlindungan terhadap     infeksi virus, dan sesak nafas. 
• Purpple Carot - umber terbaik vitamin A, Ia mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Polygonum Cuspidatum - membantu melambatkan proses penuaan,merendahkan kolesterol, merendahkan tekanan darah, meninggikan prestasi atlet, dn megurangkan berat badan

3. VITA-LEA
• Mengandungi 12 vitamin dan 7 Galian pada kadar yang seimbang
• Larutan yang cepat (17 minutes disintegration time)
• Folic Acid dan Biotin 100%
• 2 biji membekalkan 600 mg calcium
• Diuji oleh 48 saintis selama 198 jam bagi setiap ‘batch’

4. VITA -C 500 mg SUSTAINED RELEASE

• Pelepasan perlahan-lahan – 100mg setiap jam selama 5 jam
• Bio-flavonoid C complex
• Sumber terbaik – Rose hip
• 1 biji mengandungi vitamin C seperti mengambil 7.5 biji oren segar

5. B-COMPLEX

• Sumber terbaik – Torula dan Brewers Yeast
• Mengandungi 8 jenis vitamin B
• 100% Folic Acid dan 100% Biotin
• Tidak mengandungi pewarna tiruan

6. OSTEOMATRIX

• Mengandungi calcium citrate, magnesium, phosphorus dan vitamin D
• Vitamin D memastikan penyerapan
• Larutan yang segera (10 saat)

7. ALFALFA

• Ditanam tanpa baja dan semburan kimia
• Hanya pucuk sahaja digunakan (bukan sprout)
• Dikeringkan secara semulajadi
• Mengandungi lebih daripada 40 jenis zat untuk kesihatan

8. VITA -E 400 IU

• Mengandungi ‘d-alpha tocopherols’- vitamin E asli
• Sumber terbaik – soya
• 1 biji vitamin E sepertimana terdapat dalam 11 cawan minyak soya
• Mengandungi selenium(sejenis mineral) untuk sinergi

9. BETA CAROTENE (CAROTOMAX)

• Sumber terkaya – Dunaliella Algae
• 1 1b = 170 1b carrot
• Teknik pemerosesan yang tidak menggunakan bahan kimia
• Penggunaan kapsul untuk memastikan kesegaran

10. GARLIC

• Dual-odor control formula
• Cool-dry method of processing
• Larut di bahagian kedua system pencernaan
• Bentuk tablet terbaik, bukan minyak (garlic pearls)

11. LECITHIN

• Sumber terbaik – kacang soya
• Mengandungi Cholin & Inositol
• Cholin (kolina) membantu kecerdasan minda
• Inositol membantu ‘even distribution of body fat’
• Setiap kapsul mengandungi 520 mg lecithin

12. OMEGA GUARD

• Sumber terbaik ikan perairan sejuk (bukan hati ikan kod)
• Cholesterol free
• “Bio-available” – tersedia untuk diserap oleh badan
• 3 kapsul membekalkan 975 mg asid lemak omega -3

13. GLA COMPLEX (EPO)

• Sumber tebaik – borage seed

14. ZINC

• Bioavailable Zinc Gluconate untuk penyerapan yang terbaik

15. HERB-LAX

• Melepasi ujian masa (> 35 tahun)
• Antara barangan terawal Shaklee
• Mengandungi 8 bahan utama ( senna leaves,licorice roots, alfalfa, Fennel seed, anise seed, rhubarb root, blue malva flower and culver root)

16. PERFORMANCE DRINK

• Mengandungi Opticarb – formula karbohiderat yang unik
• Setiap gelas memberi tenaga untuk otot-otot 67% lebih Gatorade
• Menggantikan air, tenaga dan elektrolit dengan cepat untuk lebih stamina

17. MEAL SHAKES

• Meal in a shake
• Satu hidangan = 1/3 keperluan vitamin asas, protin, galian, galian surih (trace minerals), dan 3 gm serat
Dapatkan Shaklee hari ini. Hanya yang terbaik untuk kesihatan kita!

Rujukan dari www.vitaminsemulajadi.com

Jumaat, 24 Januari 2014

Selamat Datang ke Shaklee

Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.
 
Shaklee Products (Malaysia) Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada Shaklee Corporation yang berada di Amerika Syarikat. Shaklee Malaysia telah memulakan operasinya semenjak bulan Ogos 1995 yang berpangkalan di lokasi strategik iaitu di Subang Jaya, Selangor serta mempunyai enam (6) buah cawangan yang terletak di negeri-negeri seluruh Malaysia iaitu di Pulau Pinang, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Bharu dan Kota Kinabalu.Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.

Isnin, 13 Februari 2012

First time ever.. Cameron Highlands





Akhirnya... 12/02/2012.. dapat juga aku pijak Tanah Tinggi Camron Highlands... Tercapai hajat yang selama ini aku pendam.. Alhamdulillah.. disebalik segala duka, Allah makbulkan jugak keinginan aku.. Thanks juga pada Siti Noor ketua rombongan yang sudi ajak aku join group dia nih... even its only a One day Trip.. tapi sekurang2 nya hajat aku kesampaian walaupun kalu ikutkan hati.. aku penat sgt rini... rasa cm xmau mai keja ja tp dah kena jaga kaunter sumpah, terpaksa lah aku mai jugak...




Rabu, 23 November 2011

Sedetik Lebih

Sedetik Lebih

Sedetik Lebih...

Mungkin itu yg kita minta andai kita tahu bila ajal kite kan berakhir,

Andai kita jangka bile pengakhiran hidup kita ..sebelum kita di alam lain..
untuk apa sedetik itu?..

pastinya untuk mengisi lompang2 amal kita yg selama ini tidak cukup..

pastinya untuk mengabdikan diri kita padaNya yang satu,

Pastinya untuk mengkhadakan puasa dan solat kita yg dulu nya ada yg tercicir,

pastinya untuk berlumba2 lumba dengan masyarakat di luar sana bersedekah pada yg kurang mampu,

Pastinya untuk memohon maaf pada mereka yg telah kita berbuat dosa itu..

Kerna itu,Dia tidak mengkhabarkan bila pergiMu,Dia tidak mengizikan kita tahu bila akhirnya hayat kita ini,

Agar kita... sentiasa bersedia walau apa cara sekalipun..

Andai kite sentiasa bersedia ..di jemput Dia tak kira bila pun..Mungkin hari ini..

Mungkin esok..Mungkin 10 tahun dari sekarang..

Tak siapa tahu..
Hanya Dia yg Maha mengetahui..
Bersyukurlah..untuk detik2 yang masih bersisa untuk kita..untuk detik2 yang masih menghalalkan kita bernafas di dunia ini..

Untuk detik itu ..yg pasti tiada galang gantinya..
manfaatkan lah..segala detik2 itu..
agar kita sentiasa bersedia..
bila malaikat maut ..datang menjemput..

Selasa, 15 November 2011

Satu Pandangan Hidup...

1) Pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ

2) Belajar DIAM dari banyaknya BICARA ,Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN ,Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG ,Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN ,Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN

3) Kadang-kadang, lebih baik membiarkan kesedihan bertandang, andai itu yang dapat ‘membawa’ pulang hati kita pada-NYA daripada kegembiraan yang ‘melarikan’ kita jauh dari-NYA.Mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘magnet’ yang mendekatkan kita pada Allah dan mungkin kesedihan itulah yang menjadi ‘parut’ yang mengingatkan bahawa Allah sentiasa ada saat kita susah dan senang.

4) Hati yang tenang akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar apabila ditimpa musibah, rela mem­beri maaf apabila dipinta, mudah meminta maaf apabila bersalah, qanaah dengan rezeki yang ada, tawakal apabila berusaha dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

5)~♥~Ilmu itu pinjaman dari Allah... untuk dikongsi..bukan untuk diagung2kan..sebagai tanda kesyukran andai kita bersyukur..dan sebagai tanda kita mensebarkan akan kebesaran Allah Yang Esa..Bukan kerana ingin mendapat nama semata-mata..nama sekadar didunia yg disebut oleh hambaNya tiada bermakna..tetapi andai nama disebut oleh penduduk bumi..itulah sebaiknya..~♥~ ^__^~♥~Alhamdulillah Ya Allah~♥~

6)¸¸.•´¯`» Kita ade 1 saja hati..♥
•Jika GEMBIRA, hati itulah..
• Jika BERTAQWA, hati itulah..
• Jika BERIMAN, hati yg 1 itu juga..
• Jika BERCINTA, hati itu juga..

Luahan Hati Seorang Isteri

---> cerita dari orang lain(tak dikenali)
---> sekadar perkongsian bersama
---> sangat tersentuh dengan luahan si isteri ini

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalammualaikum ustazah... terutama skali sy nk minta maaf mungkin kedatangan coretan sy ini mengganggu masa rehat ustazah... sy juga nk ucpkn terima kasih pd ustazah sbb ustazah sudi membaca luahan hati sy ini…Ustazah... Entah dr mna sy nk mulakn sy pn x tahu... Hidup ini terlalu sukar untuk difahami dan d mengerti… Terlalu banyak rahsia dn hikmah yg terkandung dlm perjalanan sepanjang kita d beri kesempatan untk meneruskan hdup kita dlm menjalani perintah dariNYA… Sebagai manusia biasa sy tdk t'lepas dr pd pelbagai onak dn duri… Saat ini sy ingin meluahkan apa yg tersimpan dlm hati sy ini… sy sedar sy dh membuka aib sy yg dh d lindungi oleh Allah SWT namun sy juga perlukn seorg teman untk berbicara... puas sy m'cari maksud kesedihan ini, tetapi akhirnya sy gagal m'cari…

Ustazah... Sy ini kurang didikan ilmu agama... sy jahil dan tidak pernah solat dn berpuasa, ketika usia sy meningkat remaja perangai sy makin mnjadi2... sy jd semakin sosial, sy bergaul dgn rakan2 yg tdk tentu arah... ketika usia sy 18 tahun sy kenal dgn seorg lelaki dn ats cinta yg tidak d redhai Allah SWT kami pun nikah... Impian dn harapan sy dia boleh membimbing sy ke jln yg d redhai Allah SWT... tp sangkaan sy meleset ustazah... Mana boleh lelaki yg tidak solat dpt membimbing isterinya... Selama 4 tahun sy nikah dgn nya hdup sy sentiasa bertemankn air mata... setiap hari ada saja salah sy d carinya... ntah d mna silapnya sy pn x tahu setiap kali dia marah pasti badan sy menjadi mangsa... d sepanjang pernikahan kami sy slalu d pukul d sepak teranjangnya di tampar dn di maki hamun serta kata2 kesat yg kuar dr mlut dia... dia x per nah menghargai sy sebagai seorg isteri, namun d sebab kn syg dn cinta sy bersabar...

Ustazah... sy betul2 syg kn suami sy, sy x pernah melawan sepatah pn katanya... apa yg dia nk sy akn turut... sy taat dn patuh pd nya... tp balasan yg sy dapat sungguh menyakitkn... perasaan cinta yg dlm hatinya ketika mula2 sy mengenalinya telah tiada... tp sy tetap bersabar sbb sy syg dn kasih kn suami sy... Ustazah... Pernah 1 hari sy masak nasi untuknya sy bwk untknya sy ingin menyuapkn dia tp sbb pertengkaran kecil dia tepis nasi tue alangkah hancur hati sy ketika itu ustazah... 1 perkara yg x dpt sy lupakn hingga kini ustazah... peristiwa d mna ada seorg pengemis dtg rumah sy dn ketika itu sumi sy sedang mandi, niat sy tidak mahu mengganggu suami dgn memanggilnya sy pn ambillah duit dr dompet dia hanya RM1... bila dia tahu sy buka dompet dia dn ambil duit dgn sedekahkn dia terus menampar pipi sy hingga keluar darah dr hidung ketika itulah sy rasakn bahawa suami sy sudah tiada sifat rasa kasih syg terhadap sy... . tp sy ttp syg dn masih sygkn suami sy...

Ustazah ketika tahun 2008 sy d sahkn hamil dn ketika itulh suami sy berubah dgn jelas... dia dh jarang balik rumah... hingga la pd suatu mlm ketika dia sedang tidur sy terdengar bunyi msg d hp nya, tiba2 hati sy tergerak ingin tahu sipa yg hantar msg d hp dia... ternyata itu adalah msg dr teman wanita dia... Ya Allah... Ustazah... masa tue hancur hati sy... knapa dia sanggup tipu sy... bila dia dpt tahu yg sy dh tahu ttg teman wanita nya tue dia terus naik marah dn memukul sy walaupun msa tue keadaan sy sdang hamilkn anknya... dia terus keluar rumah tanpa menghiraukn sy dn ank2...

Ustazah... sy tidak bekerja semasa dia tinggalkn sy dia keluar tanpa balik ke rumah... sy lh yg menyara ank2 dgn berkerja d sebuah gerai mkn... bila sy sudah bersalin dia muncul dgn wanita itu dn meminta izin untk nikah... Ya Allah... Ustazah... Hati mna yg tidak remuk saat sy sdang kesakitan dalam melahirkn anknya, ini hadiah yg dia bawa untk sy... hati sy sungguh sakit... Klu d ikutkn hati dn iman yg mmg tidak kuat ini nak sja sy minum racun dn bunuh diri... tp sy ttp sabar... sy seorg yg penyayang dn mudah memaafkn... sy tidak suka pd masaalah... tp apa yg sy tidak suka itulh yg slalu sy dapat... Ustazah... Sy terima wanita itu jika benar dia syg kn suami sy tp sebaliknya dia x nk sy dlm hdupnya dn suami sy... untk pengetahuan ustazah skrg teman wanita suami sy itu sedang hamil dn skrg mereka sudah tinggal bersama... demi menjaga nama baik dia sy rela berkorbankn rasa cinta dn kasih yg selama 5 thn sy semai dn bajai... Akhirnya pd tanggal 30hb 6 kmi telah pn d sahkn bercerai dn pd 8hb 7 mereka telah sah bergelar suami isteri...

Ustazah... masa tue sy hanya mampu berdoa... jika ini yg terbaik untuk sy, dgn ikhlas hati sy redho dgn segala ketentuan-Nya... Setelah abis eddah kami naik makamah untuk hak penjagaan ank2 dn nafkah ank2... sy dah agak dia xkn bg nafkah untuk ank2 dia... wanita yg sy lihat cukup lembut semasa meminta simpati dr sy semasa mahukn suami sy rupa2nya sikapnya hanya Allah SWT sja yg tahu betapa sombongnya dia semasa d makamah... dia tidak izinkn bekas suami sy melihat ank2 sy dn memberi nafkah apatah lg saraan tiap2 hari... Tiba2 pd saat itu hati sy d kuasai dgn 1 sifat BENCI!!! sy benci pd bekas suami sy bila sy d tampar d hadapan isterinya padahal ketika itu dia sudah tiada hak untk memukul sy... sejak hari itu sy jd smakin membenci lelaki... sy berubah dr sifat sy yg lembut mnjadi sgt marah... sy slalu marah2 pd ank2 sy dn merekalah yg menjadi tmpt sy melepaskn kemarahan...

Ustazah... Hdup sy x tenang sy x tahu knapa sy buat apa sahaja ada yg xkena... sy g kerja d sebuah pusat karaoke d situ sy jumpa ramai org... sahabat2 sy smua yg jenis sosial... sy lupa pd ank2 sy, sy abaikn mereka... bila sy kerja d stu ramai yg sy kenal dn skali lg hati sy telah d lembutkn dgn seorg lelaki... kami berkwn dn rapat sgt2... hinggalah 1 saat sy d kecewakn lg dgn insan yg bernama lelaki! sy jd smakin benci dgn lelaki! sy pn bertekad nk balas dendam terhadap dirinya sbb bg sy dia jahat dn harus dpt balasan dr sy...

Tp Ustazah Allah Itu Maha Pengasih... Maha Pengampun... Allah tidak mahu sy membuat jahat lg... smpai lah suatu malam sy bermimpi ustazah... sy mimpi kutu byk sgt2 d atas kepala sy... tiba2 masa tue sy terbangun dr tidur dn dlm keadaan menggigil seluruh bdn sy... sy takut sgt2 waktu ustazah... sy nie seorg yg tidak pernah bertudung dr zaman ank dara lg... sy x suka nak pkai tudung dn baju kurung... klu sy pkai baju kurung hanya 30 minit pn x smpai... Esoknya sy cri kwn yg boleh dgr masaalah sy... tp ustazah sy x ada kwn yg baik2 sahabat sy smua yg jenis kaki clubing... tiba2 sy teringt pd seorg kwn yg tidak berapa rapat dgn dia... sy cuba hampiri dia dn menceritakn segala yg terselit d hati ini... Ya Allah... sungguh sayu hati bila nak meluahkn apa yg ada d dalam hati sy... smpai la dia sarankn pd sy agar bertemu dgn seorg ustaz d jabatan agama islam... dia berikan sy tudung dn dia bwa sy ker jabatan agama islam...

Ustazah... saat kaki sy nk melangkah masuk ke pejabat ustaz tue hati sy sungguh sayu... sebaik sja sy d kenalkn dgn ustaz itu sy pn menceritakn pd nya... sy bermimpi kutu byk sgt2 ats kepala sy... bila sy terjaga tiba2 hati dn perasaan sy mnjadi sgt2 takut... ustaz tue kata Allah masih sygkn sy... dia nk sy bertaubat dia nk sy kembali ke pangkal jalan... Ya Allah... masa tue sy terus menangis sepuas2nya... sy tanya knapa Allah Sygkn sy sdangkn sy slalu lupaNYA sy x pernah ingat pd Allah... Tp knapa Allah ingt pd sy... betapa sombongnya diri sy pd Allah... Dahi sy ini tidak pernah sy letakkn d ats sejadah mahupn lantai d bumi ini...

Ustazah... sejak itu sy dah mula berubah sikit demi sedikit... sy dah mula bertudung dn menutup aurat, dr tudung pendek dn baju kurung sy bertudung labuh dn berjudah... dr tudung labuh skrg Alhamdulillah... Berkat dn Hidayah dr Allah SWT sy dh mula berniqab... sy menjaga aurat sy dgn sebaik2nya... Dr tidak tahu rukun solat dn wuduk apatah lg ttg solat lg lh sy x tahu sy blajar sikit demi sedikit dr seorg ustazah... Alhamdulillah... sy dah boleh solat ustazah... Syukur Alhamdulillah... Dr x kenal huruf sy dah boleh membaca walaupn bacaan sy tersangkut2... dr jahil 1 aper pn sy x tahu tentang islam... Akhirnya melalui sahabat2 Facebook sy mengenal apa itu ISLAM...

Ustazah... siang malam sy berdoa pd Allah SWT... Ya Allah doakn lah sy sahabat2 yg soleh dn solehah agar sahabat2 itu boleh membimbing sy ke jln yg d redhai oleh Allah SWT... Ustazah... Alhamdulillah... Allah Itu Maha Mendengar... dia tidak menolak doa hamba2nya yg ikhlas terhadapnya... sy ikhlas hendak ada sahabat yg menutup aurat... sy minta hanya 1 atau 2 tp Allah bg terlalu ramai... MasyaAllah... semakin syg rasanya Allah pd sy...

Ustazah... kini hidup sy tidak lg berasa sunyi, sedih dan kecewa... sy bahagia dgn hidup yg sy miliki skrg... sy harap ustazah jdknlah cerita sy ini sebagai 1 pengajaran kepada semua ank muda yg masih belum kenal erti alam perkawinan... Bercintalah Kerana Allah SWT... dan Nikah lah kerana Allah SWT juga... sebaik2 percintaan adalah yg dlm redha Allah Iaitu suami dn isteri... InsyaAllah ustazah... jika d izinkn Allah kita akn bertemu lg d hari yg lain... Semoga Allah membalas segala budi baik ustazah...

Sekian sy ingin memohon maaf jika sy ada terkasar bahasa atau pun menguriskn hati ustazah... Doakn kebahagian untuk sy ustazah...
wassalam...