Wakik Shaklee anda untuk kawasan Alor Setar dan sewaktu dengan nya...
Khamis, 11 Mac 2010
Jumaat, 8 Januari 2010
Wajib Buat Ketika Bercinta
Di dalam dunia ini, semua perkara yang kita lakukan haruslah mengikut undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan. Begitu juga di alam percintaan. Semua pasangan perlu mengikut peraturan-peraturan tertentu agar perhubungan yang terjalin tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat.
Dengan peraturan itu juga, kamu sebenarnya mampu mengecapi kebahagiaan. Apa yang penting, kamu dan pasangan sentiasa ikhlas ketika menjalinkan perhubungan dan tahu batas-batasnya.
Jika masih ada pasangan yang belum mengerti, apa kata kamu ikuti beberapa tip di bawah tentang perkara-perkara yang wajib kamu lakukan ketika bercinta bagi memastikan percintaan yang terjalin akan berakhir dengan kebahagiaan.
1. Sayangi dengan hati bukan perasaan
Jika kamu meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya pasti tidak akan bertahan lama. Ini kerana perasaan manusia tidak pernah mampu bertahan lama dan sentiasa berubah mengikut keadaan, masa dan situasi. Sebab itu, sebagai jalan terbaik, kamu mesti menyayangi si dia dengan ikhlas dan sepenuh hati.Ini kerana jika kamu meletakkan perhubungan kamu berdasarkan hati, maka dari hati jugalah akan lahirnya cinta dan sayang yang kekal abadi untuk anda serta pasangan selama-lamanya.
2. Terima seadanya
Kamu harus akur tiada seorang pun di dunia ini yang sempurna segala-galanya. Oleh sebab itu, kamu harus menerima si dia seadanya dan terima segala kekurangan serta kelemahannya.Walaupun mempunyai kelemahan, seharusnya kamu menganggapnya sebagai insan paling istimewa dalam hidupmu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah si dia mengikut kehendak kamu. Ini kerana sekali kamu berjaya mengubahnya, kamu akan terus berusaha untuk mengubahnya sehingga kamu merasakan si dia benar-benar sempurna di matamu.Tentu kamu masih ingat bagaimana kamu boleh jatuh cinta padanya, sudah tentu kerana dia adalah dirinya dan perkara itulah yang perlu kamu pertahankan. Jika kamu terus selesa dengan apa yang ada padanya, si dia sudah tentu lebih cinta kepada kamu.
3. Hargai pengorbanannya
Si dia tentu telah banyak berkorban demi mempertahankan percintaan yang terjalin. Oleh sebab itu, kamu perlu menghargai segala pengorbanannya dan jangan sekali-kali pernah terfikir untuk mempermainkan hati dan perasaannya.Jika kamu bijak menghargai segala pengorbanan yang telah dilakukannya, tidak mustahil si dia sanggup melakukan apa sahaja untuk kamu demi untuk melihat kamu tersenyum setiap hari.
4. Hormati pendiriannya
Sikap saling hormat-menghormati antara satu sama lain menjadikan hubungan cinta yang terjalin lebih bermakna dan romantis. Jika si dia masih belum dapat menerima cinta kamu sepenuhnya, jangan sekali-kali mendesak atau memaksanya.Sikap kamu yang suka memaksa dan mendesak membuatkannya cepat bosan dan akhirnya akan pergi meninggalkan kamu. Jalan terbaik, hormatilah pendiriannya dan berikannya masa untuk memikirkan tentang perhubungan yang terjalin.Sebaliknya, sikap kamu yang memahami dan sentiasa menghormati pendiriannya sedikit sebanyak sudah pasti akan menarik perhatiannya. Oleh itu, berikannya masa. Bak kata pepatah, jika sudah sememangnya jodoh anda bersamanya, pasti tidak akan ke mana-mana.
5. Yakin pada keistimewaannya
Setiap individu pastinya mengimpikan seorang pasangan yang bukan sahaja sempurna malah punya keistimewaan yang tersendiri. Jika pasangan kamu seorang yang tampan, bijak, kaya dan berkerjaya bagus, itu tentunya satu bonus buat anda.Jika pasangan anda seorang yang sederhana, yakinlah pada keistimewaan lain yang dimilikinya. Jangan sekali-kali merendah-rendahkan dirinya. Apa yang penting si dia mencintai kamu sepenuh hati dan sanggup melakukan apa sahaja demi melihat kamu gembira.
6. Jangan berprasangka
Sikap wanita yang terlalu suka berprasangka buruk terhadap lelaki sering menjadi alasan mengapa lelaki suka mencari wanita lain di dalam hidupnya. Ini kerana sikap suka berprasangka hanya akan memburukkan perhubungan yang terjalin.Jalan terbaik, kamu memberikannya peluang untuk memberi penjelasan dan percayalah kepada kata-katanya. Jika kamu masih ragu-ragu, selidikinya dengan cara yang paling terpuji dan cuba letakkan diri kamu di dalam situasi yang sedang dihadapinya.Sikap kamu yang sentiasa memberikannya peluang untuk menyatakan perkara sebenar sudah pasti amat dihargainya. Sekaligus peluang untuk kamu menjalinkan hubungan cinta dengan lebih bermakna, terbentang luas di hadapanmu.
7. Sayanginya setiap hari
Usah sesekali kamu berjanji untuk mencintai dan menyayangi si dia buat selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi kamu mungkin akan berakhir keesokan harinya.Cubalah berjanji untuk menyayangi dirinya setiap hari dan cuba jadikan setiap hari itu adalah hari terakhir untuk kamu berdua. Cuba lakukannya dan pastinya kehidupan intim kamu dan pasangan akan berubah ceria. Ini kerana setiap hari kamu akan saling menyayangi antara satu sama lain.
8. Capai persefahaman
Kata orang, perkara yang paling penting dalam kehidupan berpasangan adalah sikap saling memahami antara satu sama lain. Oleh sebab itu cubalah berusaha untuk mencapai persefahaman. Harus diingat rasa persefahaman itu perlu dipupuk dan ianya tidak lahir secara semulajadi.Paling baik jika kamu bukan sahaja memahami tetapi turut sama di dalam aktiviti-aktiviti yang gemar dilakukannya. Dengan ini, perhubungan yang terjalin akan menjadi lebih erat dan mampu untuk bertahan selamanya.
9. Jangan cepat berbangga
Berjaya memilikinya bukan satu tiket untuk anda berbangga atau bermegah-megah. Anda hanya boleh berbangga jika perhubungan yang terjalin itu berjaya anda jaga sehingga ke akhir hayat anda.Ini kerana tiada seorang pasangan pun yang gemar memiliki pasangan yang suka berbangga dengan kejayaan yang dimiliki. Oleh sebab itu, sentiasalah bersederhana dan jadikan kehidupan anda berdua sama seperti kebanyakan pasangan lain yang ada di luar sana.
10. Sentiasa bersyukur
Walaupun lelaki memiliki sifat tidak pernah puas, namun berdasarkan kajian yang dilakukan, wanita lebih sukar untuk dipuaskan di dalam apa jua aspek.Mereka tidak pernah puas dengan apa sahaja yang diberikan oleh lelaki termasuklah layanan di ranjang.
Wanita juga dikatakan sukar untuk menahan diri daripada mahu memiliki sesuatu yang sempurna.Adakalanya mereka sanggup merayu-rayu asalkan apa yang mereka hajati diperolehi.
Sikap sebegini amat menjengkelkan lelaki kerana kebanyakan lelaki sukakan wanita yang sentiasa bersyukur dengan apa sahaja yang mereka miliki.

Selasa, 5 Mei 2009
Update..
Salam my frenz..
Lama aku x update blog aku nie... Bukan xder masa.. tp malas.. nak kata sibuk tue.. xla jugak. tp kalu cite bab opis.. mmg sibuk giler..
Its been almost 6 month i've back to my hometown.. but seems to be already a years.. Time do move too fast.. to many things to catch up, and too many things that i have to do all alone by myself.. xder masa dh nak manje2 cam dulu2.. dulu bleh lah ada org yg tlg incharge everthings but now.. im the leader and the one who being blamed if anythngs goes wrong.. What to do.. time change and im changing... uik..? am i..??? Hmm... i dun think so.. im still da same.. the one i've ever be as before.. bored... bored wit my ownself..
As usuall.. x abis2 ngn statistik.. then now.. master list lak.. aku x habis lagi.. rasanya court lain cam nak settle dah.. ntah lah.. relax selamber jer.. malas nak pikir.. maunya tak.. aku yang nak penat sowang2.. huhhu...
Jumaat, 13 Mac 2009
Mengapa Wanita Mudah Menangis?
.jpg)
Suatu ketika, ada seorang budak lelaki yang bertanya pada ibunya. "Ibu, mengapa Ibu menangis?".
Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti... .".
Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan".
Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya. Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.
Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?" Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab,
"Saat Kuciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu.
Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.
Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan bila ia inginkan.
Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

Ahad, 8 Mac 2009
SAAT MENILAI CINTA,,,,,
APAKAH progres perhubungan cinta anda tahun lalu? SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran.
Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.
2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.
3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.
4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.
5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.
6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
Sabtu, 7 Mac 2009
Kisah Rumput & Orang Yang Disayangi
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:
Pelajar: Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?
Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Emmm!baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye!mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar: Baiklah!apa yang saya harus buat?
Cikgu: Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.
Pelajar: Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.
Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.
Cikgu:Mana rumput yang cikgu suruh petik?
Pelajar: Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.
Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Langgan:
Catatan (Atom)