Jumaat, 27 Februari 2009

Jalan2 time cuti...

Backdated nie... Last saturday.. dikla ada exam PTD kat Polimas.. banyak kali gak dia dah pi exam nie tapi x lepas2.. hehehe.. tapi yang pastinya, exam nie mmg susah giler.. nak kena study pun semua pasak KENEGARAAN.. Perghhh..! kalu aku, sure sangkut lama dah.. hahahaha.. Nasib baik keja aku nie alhamdulillah.. dah ok sangat2 dah.. Cuma exam PTK jer tak lepas2 lagi.. huhuhu.. amik banyak kali dah.. otak beku dah kot.. study pun x masuk2.. hehehe.. tapi takper.. best apa gi exam.. kat KL lak tue.. pastu leh claim lagi.. hehehe.. dan tentunya aku akan jalan2 pusing2 KL dulu sebelum aku balik.. lepak mana lagi.. umah Liena ler.. hehehe.. Baru-baru nia aku dah tgk jadual exam PTK dis year.. Next month pun ada, tapi aku x sempat isi borang. So lepas bulan 3 nie, ada bulan 6 pulak.. for sure aku leh pi nyer bulan 6 nie.. tapi.. time tu Liena dah meletup ke belum ekk...? hmm.. nak kena confirm dgn dia lak... takperlah.. nnti aku try adjust balik cmna..

Oh.. balik pada cite exam PTD dikla td.. aku dgn ati pi teman dikla antaq dia kat POLIMAS. Saja nak jalan2 jauh sikit ngan keta tue.. Selama ni duk pi keja sat ja.. xdan nak layan.. hehehe.. Awal pagi gak kuar dari umah. Dalam kul 8 lebih.. tempat exam dekat ja.. x sampai setengah jam.. sampai sebelum kul 9. Dikla punya exam dalam kul 9.15am so sempat lah melawat2 jap kawasan POLIMAS tu.. Besarlah jugak.. Dulu dikme pun penah study kat sini lepas dia kantoi kat UTM tue.. Yerlah, lepas dia accident... 6 bulan terlantar kat umah.. patah kaki siap masuk besi lagi.. but he still a hero.. kan adik kan?

so by the time being, sementara tunggu dikla exam.. aku lepak2 jer ngan ati.. pusing2 bandar jitra tp takder apa sgt kat sini.. boring jer.. Kul 12.15pm, dikla rehat sat exam.. ptg kul 2.15pm ada sambung lagi so we all gi Jitra Mall.. Lunch kat situ.. best gak tempat makan tue.. sebelah dia ada tempat main bowling..



Sebelah dia tempat main boling.. best kan...?

Dalam suasana pun best...
Sambil makan leh usya org main boling.. hehehe..


Ati cam biasalah.. Mesti sempat posing punyalah.

Lepas makan.. kalut gak sbb rushing anta dikla gi balik kat tempat exam tue. Ptg ada 2 lagi paper.. habis kul 4.15 plak.. aku dah taktau nak ronda mana.. so lastly, lepak jer kat tempat parking sebelah dewan exam tue.. Nasib baik bawak tikar.. sapa lagi yag nak enjoy kalu bukan ati... siap picnic lagi kat bawah pokok tue.. hehehe...

Bestnyer ati picnic.....

Kalu bab2 main nie.. serahlah kat cik NUR IZZATI kite nie... hehehe...

Khamis, 12 Februari 2009

Buai laju-laju...





Nindia buai yang baru beli tue.. tunggu lah balik kalu nak naik.. tu pun kalau ada lagi.. huhuhu... manalah tau kena penangan sapa-sapa lak ka... hehehe...

Jalan-jalan... (part 2)

Back dated punya story.. ari sabtu ari tu lepas gi jalan-jalan kat Giant.. ati ajak pi jalan-jalan kat tmn permainan... Aku ingat dah awal lagi time tu, saja lah bawak mak jalan-jalan sama.. so tgk cuaca ptg tu pun baik jer.. leh jer rehat2..


Parking kete kat tepi stadium Darulaman... sebelah ja dgn taman permainan.. mak ngn dikla duk dalam keta ja.. aku ler yg kena teman ati gi main-main.. kang biar dia main sorang2.. ilang lak anak aku...

Ati naik buaian ja... sambil2 tgk mak ngn dikla yg kat dalam keta tue... huhuhu...


main gelongsor lak...


buai laju-laju,,, ati nak kahwin dengan anak raja.. huhuhu...



Ni la stadium darulaman tue... lawan bola semua kat sini.. tp kedah asyik kalah ja.. huhuhu..



Mak duk baca paper lam keta...


Duk buai tapi tak laju2 gak... tak kawin ngn anak raja lah jawabnyer... huhuhu...

Rabu, 11 Februari 2009

KEINDAHAN SEORANG WANITA


ISTIMEWANYA WANITA

" Wanita yang memerah susu binatang dengan "Bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan."

" Wanita yang menguli tepung gandum dengan "Bismillah" Allah akan berkatkan rezekinya."

" Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah"

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi,"

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat."

" Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang yang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas takhta di Hari Akhirat."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan dibuatnya pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatatkan baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian."

" Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkansebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya."

" Sabda Nabi S.A.W:

"Ya Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum akan dia dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya Sakaratul Maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman Syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shirat."

PEREMPUAN MUKMINAH:

Siti Zubaidah tokoh pembangunan yang berwawasan Dia seorang lagi serikandi Islam yang cukup terkenal dari dahulu sehingga kini. Dia juga turut dikaitkan dengan terusan yang cukup pernting dan popular serta menjadi nadi kepada umat Islam, terutama yang datang ke Mekah untuk mengerjakan haji.

Terusan yang dibina kira-kira 1400 tahun dahulu itu adalah hasil dari inisiatif seorang wanita hartawan, Siti Zubaidah binti Jaafar. Jasanya terutama dalam pembangunan infrastruktur di zaman kerajaan Abasiah. Terusan tersebut menjadi nadi penting pada masa itu.

Kisah wanita ini amat menarik untuk ditatapi oleh pembaca, bukan kerana dia isteri Khalifah Harun Al-Rashid, tetapi dikagumi kerana kepintaran dan wawasannya membina kemudahan infrastruktur negara.

Perkahwinan Siti Zubaidah dan Khalifah Harun diadakan secara besar-besaran semasa pemerintahan Al-Mahadi, ayahanda kepada Khalifah Harun. Rakyat jelata dan fakir miskin dihidangkan dengan pelbagai hidangan lazat serta diberikan pelbagai hadiah istimewa di majlis itu.

Khalifah Harun yang pada masa itu belum dilantik sebagai Khalifah sanggup membelanjakan banyak wang untuk meraikan perkahwinannya. Beliau sanggup melakukan apa sahaja kerana terlalu gembira berjaya memiliki wanita idaman.

Siti Zubaidah seorang wanita yang pintar dan berpandangan luas. Justeru pendapatnya sentiasa diterima dan dihormati. Selain itu di juga berbakat dalam bidang seni terutama sajak dan syair berunsur perjuangan, puji-pujian kepada Tuhan, selawat ke atas Nabi dan sebagainya. Aktiviti seni dan budaya menjadi sebahagian dari darah dagingnya. Di juga mempunyai dan memimpin unit kebudayaan di bawah pimpinannya.

Selain itu di juga isteri yang memahami tugas dan tanggungjawab suami sebagai pejuang Islam. Untuk itu dia sentiasa berjalan seiring dengan perjuangan suami kerana menyedari tenaga wanita sepertinya turut diperlukan dalam perkembangan negara Islam.

Dia juga sedar bahawa tugas sebagai pemipin bukan satu tugas yang mudah dan tugas isteri jua bukan sekadar ibu rumahtangga, tetapi mendampingi, memberikan buah fikiran dan membantu tugas-tugas suami terutama dalam meningkat imej negara dan agama Islam.

Bagi memastikan segala-galanya berjalan lancar, Siti Zubaidah begitu berhati-hati mengatur hidupnya menguruskan rumahtangga dan menghibur suami serta anak-anak yang bakal dilahirkan.

Dia sedar sebagai isteri Khalifah, dia perlu cepat bertindak dan bijak membuat keputusan, berwaspada dalam semua keadaan, membataskan diri dengan hukum-hukum syarak serta berkorban apa sahaja untuk suami walaupun terpaksa mengorbankan perasaannya sendiri. Yang penting baginya biarlah suami mendapat layanan terbaik dan istimewa serta sentiasa dilimpahi kegembiraan.

Walaupun hidupnya dilimpahi kekayaan, tetapi wanita ini sentiasa memastikan dia tidak termakan dengan pujukan syaitan. Dia beranggapan kekayaan di dunia cuma sementera dan sekiranya dilaburkan mengikut cara yang betul akan mendapat keberkatan di akhirat kelak, manakala kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal, indah dan terlalu manis.

Keindahan dan kemanisan itulah yang dicari. Idea untuk membina terusan tersebut terdetik apabila mendapat tahu bahawa penduduk di Mekah menghadapi masalah kekurangan air ketika mengerjakan haji pada tahun 186 hijrah. Melihat keadaan itu, dia mengarahkan semua arkitek dan pekerja untuk segera melaksanakan pembinaan projek terusan walaupun terpaksa menanggung perbelanjaan yang besar.

Mereka memulakan kerja-kerja tersebut dengan menyambungkan mata air dari gunung-gunung di sekitar Mekah. Projek ini menelan belanja 1,700,000 dinar. Ia masih beleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang melalui jalan di antara Mekah dan Mina. Selain itu dia juga turut memperbaiki jalan di antara Baghdad ke Mekah. Di sepanjang jalan dibina perigi-perigi dan rumah-rumah persinggahan untuk memudahkan orang ramai yang datang ke Mekah berehat.

Selain itu di Baghdad juga terdapat sebuah masjid terkenal dan dinamakan masjid Siti Zubaidah kerana dia yang bertanggungjawab membinanya Khalifah Harun Al-Rashid amat gembira dan berasa bertuah kerana mempunyai isteri yang cantik dan bijak. Pasangan ini sering berbincang dan bertukar pandangan.

Pendapat Siti Zubaidah selalu tepat dan sesuai untuk pembangunan semua golongan. Tentang penglibatan dalam politik, dia tidak bermaksud untuk mencampuri urusan tersebut, tetapi mahukan anak sulungnya, Al-Amin dilantik sebagai Putera Mahkota, tetapi cadangan ini telah dibantah oleh Khalifah Harun Al-Rashid.

"Wahai Zubaidah, sesungguhnya kelebihan anakmu dihadapanmu adalah sama seperti keindahan seorang anak di mata ibu bapanya. Bertakwalah kepada Allah, sebenarnya demi Allah, anakmu ini lebih aku kasihi dari lain-lain"

"Tetapi perkara ini adalah perkara pemerintahan, tidak boleh diserahkan, melainkan kepada orang yang berhak. Kita semua bertanggungjawab kepada rakyat jelata dan berdosa jika kita cuai. Kita tentu tidak sanggup menemui Allah dengan menanggung dosa-dosa mereka serta dipertanggungjawabkan atas kesalahan-kesalahan mereka." Kata Khalifah.

Setelah mendengar kata-kata suami tersayang, Siti Zubaidah tidak membantah. Bagaimanapun sejarah kemudian menyaksikan Al Amin dilantik dan diberikan jawatan itu selepas kemangkatan Khalifah. Dia kemudian digulingkan dan dihukum bunuh setelah gagal melaksanakan tugas dengan baik. Tempatnya diganti oleh Al Makmum. Siti Zubaidah menyaksikan semua itu dengan hati yang hancur luluh. Tetapi apabila mengingatkan kata-kata arwah suami, jiwanya kembali tenang.

Dalam masa yang sama ada yang cuba menghasut supaya menuntut bela ke atas pembunuhan tersebut, tetapi dia berjaya mengenepikan hasutan tersebut. Baginya Al Makmum tidak bersalah dan dia kenal siapa anaknya dan siapa Al Makmum.

Sejak itu wanita ini menghabiskan sisa-sisa hidup dengan memperbanyakkan ibadat, berzikir serta memohon keampunan di atas dosa-dosa yang lalu. Dia juga menjadi tumpuan, tempat rujukan dan pertanyaan mengenai hal-hal furuk dalam ajaran Islam. Siti Zubaidah menyimpan seramai 100 jariah yang menghafaz al-Quran. Dia meninggal dunia pada 216 Hijrah di Baghdad.

Kitab Riadhus Salikin menceritakan bahawa selepas beberapa malam setelah kematian Siti Zubaidah, seorang soleh yang bertaraf wali Allah bermimpi melihatnya berada di dalam syurga. Wali Allah tersebut bertanya, "Apakah amalan yang menyebabkan engkau memperolehi darjat ini?" "Tidak, bukan itu. Aku memperolehi darjat ini kerana harta yang bercampur. Allah mengira pahala dan mengampunkan segala dosaku kerana sewaktu aku mengadakan majlis nyanyian dan bersyair, aku hentikan apabila suara muazzin melaungkan azan, aku menyuruh semua jariahku berhenti dan menyambung kembali setelah azan selesai. Itulah amal ibadat yang Allah terima dan nilai," kata Siti Zubaidah.

CIRI-CIRI WANITA SOLEHAH:

Sabda Rasulullah s.a.w ; orang yang paling sempurna di antara mereka yang beriman ialah yang paling baik budi pekerti, dan yang terbaik di antara kamu ialah mereka yang paling baik terhadap keluarga. (riwayat Al-Tarmizi)

Mentaati dan menyenangkan hati ibu Perempuan yang menjaga agamanya adalah satu keuntungan Mentaati suami dan menjaga kehormatan diri ketika ketiadaan suami (bagi yang telah bersuami)

Kesederhanaan dan kemurnian merupakan sebahagian daripada iman Tidak menceritakan keaiban suami kepada orang lain (bagi yang telah bersuami)

Wanita disuruh menutup kecantikannya kecuali kepada suami, saudara terdekat, pembantu rumah dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang seks Kesopanan adalah sebahagian dari iman dan iman itu tempatnya di syurga (riwayat Ahmad dan Al-Tarmizi)

"Menetaplah di rumah dan janganlah mempamerkan perhiasan dan kecantikan kamu kepada orang-orang asing seperti mana wanita jahiliah (surah Al-Ahzab:33)

Menjaga pergaulan di antara lelaki dan wanita

Mukjizat Di Sebalik Bismillah

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz ' BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM ' yang bermaksud ' Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. '

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 ( QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari. '

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Ahad, 8 Februari 2009

Jalan-jalan

nie kes tak puas ati pasal muka dia takdak...




hehehe... shoping sakan nampak..???

Yang ni bagi posing cukup suka...


Ati pulun posing... alamak.. gelap la pulak.. hehehe



Mak dgn dikla duk belek jubah... belek ja.. tak beli pun.. huhuhu...



Kelmarin, ari sabtu.. boring giler kat umah.. taktau nak wat apa. Mula mak nak ajak gi jalan-jalan, tp taktau nak gi jalan mana... nak jalan2 pun mau pakai duit maa... huhuhu.. last2 dalam kul 1 lebih, mak ajak kuaq jalan.. nak beli buai nak ikat kat belakang umah tue. Ari tu dikmie dah tolong ikat buai yg aku bwk balik mai dari langkawi tu, tp dah hancusss.. kena penangan dikla.. hehehe...


so dalam kul 2.. aku, atie, mak ngn dikla kuaq la jenjalan... mula2 pi pasaraya sakan.. pasal ari tu aku beli buai tu kat sana.. sampai ja.. memang berlambak2 duk ada.. beli satu ja.. pastu.. pi Giant. Mak nak beli brg sikit.. lepas shoping.. saja jalan-jalan kat kedai2 dalam tue. Sampai la kat satu kedai kasut nie...




Dikla pun masuk la kat dalam... belek punya belek... sampai la kat part nie.. cantik gak kasut2 tue.. aku tgk jer lah... huhuhu...



Dalam pilih punya pilih.. akhirnya dikla pilih satu kasut.. yg bunga dia besar siikit tu.. cantik gak aku tgk... Harga pun tak lah mahal..

Jumaat, 6 Februari 2009

10 Perkara Perbuatan Yang sia-sia...

10 perkara perbuatan sia-sia

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Wallahuallam ......




Doa Pengasih anak-anak..

Ini petikan saya dapat dari seorang teman.. ambil lah buat renungan...

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen(sisa-sisa) nasik yang dia makan ... dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ..


Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ... either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ... .so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ... arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ... mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak... dan saya sendiri akui kesannya ... .makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ... jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ..dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka-mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ... tak caya try buat ... solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib ... dapat semua waktu lagi baik ... sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya... dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".

Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya,terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.

Wallahu A'lam...

Warna Surat Cinta..?

Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "Itu melambangkan Suasana Pilu"

Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam Dan boleh buat salinan?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh

Bas Penuh..

Seorang wanita tua menaiki sebuah bas untuk pulang ke rumahnya. Kerana bas itu sudah penuh.. wanita tua itu terpaksa berdiri tiba-tiba ada seorang pemuda bangun dan berkata...

"Silakan duduk makcik... "

"Oh, tidak perlu.. adik duduk la!" Kata wanita tua itu sambil tangannya menekan bahu pemuda tadi supaya duduk semula..

Pemuda itu duduk semula... Tapi beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...

"Makcik duduk la... " kata pemuda dengan sopan...

"Tak payah susah-susah... Terima kasih saje. adik duduk sajalah!" Kata Wanita tua itu sambil menolak bahu pemuda supaya kembali duduk... ..

Selang beberapa minit kemudian.. pemuda itu berdiri dan berkata lagi...

"Tak pe la.. makcik duduk la... " kata pemuda masih bersopan santun..

Namun wanita tua itu tetap mengalah dan berkata..

"Adik tak payah risaukan makcik.. Adik duduk ajalah. lagipun makcik dah nak turun sekejap lagi..!" jawab wanita tua itu sambil menekan bahu pemuda itu supaya kembali duduk..

Sambil melutut pemuda itu memandang wanita tua dan berkata...

"Tolong la Makcik.. saya ni mahu turun dari tadi tapi tak boleh!?

Sekarang rumah saya dah terlepas jauh!"

Malu sendiri....

Seorang pemuda yang baru sahaja menamatkan pengajiannya dalam bidang kaunseling telah membuka kedai pertamanya di pinggir bandar. Beliau telah membuka kedai tersebut selama seminggu tetapi ia masih tidak mendapat sambutan. Memandangkan hari telah menjelang tengahari, pemuda tersebut mula gelisah kerana tiada seorang pun pelanggan datang untuk mendapatkan khidmatnya dalam bidang kaunseling.

NAmun pada hari tersebut, nasib seakan menyebelahi dirinya apabila seorang lelaki datang menghampiri kedainya dengan langkah yang penuh bergaya. Dalam hati pemuda tersebut, inilah pelanggan pertama aku dan aku perlu menunjukkan reputasi yang baik padanya.

Lantas dia mencapai telefon dan bercakap dengan nada yang kuat "HEllo Dato, takpa saya akan uruskan segala-galanya, Dato jangan bimbang sebab syarikat saya memang terkenal dengan reputasi yang gemilang, lagipun kami tak pernah mengecewakan sesiapapun. Yang penting ialah staff syarikat Dato nanti akan lebih bersemangat dalam menjalankan tugasnya. Ya... .Ya... Lagipun fasilitator kami bukannya calang-calang orang, memang hanya yang terbaik sahaja akan kami pilih bekerja di sini."Jelasnya lagi dengan keyakinan yang tinggi. "Ok, takpalah Dato jangan bimbang, saya akan bereskannya secepat yang mungkin." Ujarnya pada akhir perbualan.

Lelaki yang berjalan dengan penuh gaya tadi berdiri betul-betul di hadapan pemuda tersebut sambil tersenyum dan dengan penuh hemah, dia menegur... "Ya, ada apa yang boleh saya bantu Encik?"

"Saya datang nak pasang talian telefon" Ujarnya lagi dengan senyuman yang penuh bermakna...

Memories...

Dalam bilik opis..

Me and Irene...

Irene and vani


Mahkamah Majistret Langkawi





Somewhere..somehow.. there's a lot of memories i couldn't talk much about it but nobody's ever know what hiding inside my heart.. always.. a rememberenced.. ever and ever...

Khamis, 5 Februari 2009

Lucu ya..

Pelik ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita komedi.

Pelik ya, betapa lamanya satu jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya dua jam berlalu saat menonton wayang di panggung.

Pelik ya, tak sampai 30 minit dengar khutbah Jumaat, dah rasa jemu tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kaset berkali-kali.

Pelik ya, dengar iklan jualan murah dalam tv, rasa tak sabar-sabar nak pergi beli�belah, tapi dengar laungan azan tak sabar-sabar nak tukar channel lain.

Pelik ya, pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi, tapi masjid dekat rumah rasa berat pula kaki.

Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang dengan kawan-kawan.

Pelik ya, betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu penandingan bola sepak jadi kegemaran kita, tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.

Pelik ya, rasa susah sungguh untuk habiskan al-Quran walau satu halaman, tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

Pelik ya, ramai orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konset, tetapi berebut cari saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Pelik ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Pelik ya, kita begitu percaya pada yang dikatakan di emel yang layang di internet, tapi kita sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Pelik ya, kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam emel, tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah sering berfikir dua tiga kali.

Pelik tak kita... ?

Warna Untuk Kesihatan

Anda mengalami masalah sakit kepala, tertekan atau sering rasa mengantuk. Tahukah anda warna mampu menghapuskan masalah tersebut...

HILANGKAN MASALAH SAKIT KEPALA
WARNA: MERAH
kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala. Oleh itu jika anda mengalaminya , letakkan tuala lembab berwarna merah diatas mata anda. Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin MENGURANGKAN

TEKANAN DITEMPAT KERJA
WARNA: BIRU
Anda rasa tertekan ? Cuba fokuskan mata anda kepada sesuatu yang berwarna biru.Ia berupaya meransangkan suasana tenang dan ianya dapat mengurangkan tekanan darah. Cuba ubah "screen saver" computer anda kepada warna-warna yang dapat membuatkan anda merasa tenangdan kurangkan rasa tegang

ELAKKAN INSOMNIA
WARNA: MERAH JAMBU
Jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa diwaktu malam, apa kata anda mencuba petua ini. Hiasi bilik tidur anda dengan warna tersebut. Kajian mendapati bahawa warna ini mampu mewujudkan suasana santai dan selesa. Suasana yang romantik... ..!

CERIAKAN MOOD ANDA
WARNA: JINGGA
Apabila anda merasa murung atau cuba untuk mengembalikan tenaga anda, cuba sesuatu yang berwarna jingga. Insyaallah pasti mood anda akan berubah.

LENYAPKAN KELETIHAN
WARNA: HIJAU
Terdapat pendapat yang mengatakan warna ini mempunyai kesan positif dalam sistem imunisasi selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan

Buah-Buahan Dan Nilai Perubatannya

Majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak. Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.

Delima
Hilangkan Masalah Cacing- Delima sejenis buah berasal dari kawasan Mediterranean, banyak digunakan dalam perubatan tradisional untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Kulit buah delima mengandungi asid tannin yang amat berkesan untuk menghapuskan masalah cacing di kalangan kanak-kanak, termasuk cacing gelang, cacing peniti dan cacing kerawit. Selain daripada asid tannin, delima yang dikenali sebagai Punica granatum dari segi saintifik, juga mengandungi zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, magnesium, vitamin A dan vitamin C. Ia berkesan untuk meredakan cirit-birit yang kronik, termasuk cirit-birit berdarah dan enteritis atau bengkak usus. Di beberapa kawasan di Iran dan di Iraq, air buah delima digunakan sebagai ubat kumur untuk mengatasi masalah penafasan berbau. Buasir merupakan satu lagi penyakit yang boleh dirawati menggunakan buah delima kerana airnya dapat bertindak sebagai astringen. Ia juga dipercayai berkesan untuk mengatasi kemandulan

Kurma
Hindar Gangguan Usus- Kurma adalah sejenis buah yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan juga niasin. Kurma yang dikenali sebagai Phoenix dactylifera L. dari segi saintifik amat berkesan bagi mengubati gangguan usus, di mana ketidakserasian dengan gluten, sejenis protein yang terkandung di dalam bijirin menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Ia mengandungi sejenis bahan protein serta garam galian yang menghentikan tindak balas luar biasa yang dihasilkan oleh gluten dalam usus kecil. Tindak balas itu jika dibiarkan boleh membawa kepada pengeluaran sel darah putih secara berlebihan. Bagi mengubati penyakit ini bijinya dibuang kemudian dibersihkan sebelum diadun halus dengan setengah gelas air dan lebih mujarab jika dicampur dengan jus lobak merah. Jus kurma juga berkesan untuk mengatasi masalah batuk. Kandungan gula dalam buah kurma bertindak menghilangkan gatal-gatal dalam kerongkong dan sekali gus menghilangkan batuk. Kurma juga boleh digunakan bagi menggantikan gula atau madu untuk tujuan menghilangkan kesan mabuk dan bertindak sebagai penawar racun.

Pisang
Merawat Kudis dan Luka -Pisang atau nama saintifiknya Musa sapientum adalah antara buah-buahan tempatan yang digemari ramai. Ia kaya dengan vitamin A dan C, niasin dan juga zat galian seperti kalsium fosforus dan besi. Pisang juga mengandungi kromium, sejenis bahan yang merangsangkan aktiviti enzim dalam metabolisme glukos yang penting untuk membekalkan tenaga. Dalam perubatan tradisional, getah pisang merupakan ubat yang mujarab untuk menyembuhkan luka. Dengan menyapukan getah pisang pada luka, darah akan berhenti mengalir dan lukanya akan cepat kering. Kudis pula boleh dirawat dengan mudah menggunakan kulit pisang. Selain itu pisang juga digunakan untuk mengatasi masalah sembelit, ulser dan penyakit gastritis atau radang perut.

Mangga
Penawar Penyakit Hernia - Mangga yang dikenali sebagai Mangifera indica yang berasal dari keluarga Anacardiaceae, digunakan sebagai agen penghilang dahaga untuk mengatasi masalah penyahidratan dalam tubuh serta berkesan untuk menyembuhkan penyakit hernia. Hernia atau burut iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan isi perut turun ke bawah dan kantung kemaluan menjadi bengkak, ulu hati terasa pedih dan sakit setiap kali selepas makan, boleh dirawat dengan mengamalkan pengambilan jus mangga. Minuman itu, yang kaya dengan pelbagai zat galian termasuk vitamin A dan C akan bertindak melancarkan peredaran darah. Memandangkan jus mangga mempunyai kandungan gula yang tinggi, ia kurang sesuai untuk mereka yang mengalami penyakit diabetis, hipoglisemia dan kandidiasis atau jangkitan kulat

Nanas
Penawar Penyakit Batu Karang- Nanas sejenis buah tropika yang dikenali dengan nama saintifiknya Ananas cosomos berasal dari keluarga Bromeliaceae dan mengandungi kandungam gula yang tinggi serta kaya dengan vitamin A, B dan C. Jus nanas merupakan sejenis minuman yang lazat dan baik untuk kesihatan, terutamanya bagi mengatasi kekeringan dibahagian bibir dan kulit muka. Nanas merupakan ramuan penting dalam rawatan tradisional. Ia melancarkan perjalanan haid serta berkesan mengatasi masalah-masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan badan. Ia juga merupakan penawar yang penting bagi mengatasi penyakit batu karang. Amalan meminum jus nanas terbukti berkesan untuk mengatasi masalah kencing tidak lawas kerana kandungan enzimnya yang tinggi

Belimbing
Merawat Kencing Manis -Belimbing salah satu jenis buahan tropika popular yang enak. Ia boleh dimakan segar ataupun dijadikan jeruk dan dibuat jus. Belimbing ini bagaimanapun ada yang masam, tetapi kedua-duanya dipanggil belimbing besi. Nama sainsnya ialah Averhoa crambola dan sekeluarga dengan oxalidaceae. Belimbing juga mempunyai khasiat perubatan. Pengidap kencing manis dapat menurunkan paras gula dalam darah dan sesuai juga dimakan oleh mereka yang mengidap penyakit tekanan darah tinggi, gingivitis atau radang gusi

Kelebihan Mandi songsang

"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya."

Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

Jadi, apa itu mandi songsang? Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)

1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.

2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.

3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.

4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.

5) Melancarkan perjalanan darah. 6) Menjadikan pengamal semakin pintar.

7) Meninggikan daya ingatan.

8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.

9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.

10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.

11) Memiliki daya ketahanan mental.

12) Menambahkan semangat berani.

13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Wallahualam...

Petua nak Cantiksssss.........

Nih aku ada sikit petua utk korang. Kalu korang nak ikut.. ikut la, kalu tak nak ikut.. korang yg tak cantik nanti! hehehe!

Ala.. bnda2 ni summer senang je nak buat!

1. TUMIT KAKI PECAH:

Amik 6 keping asam gelugur dan rebus hingga kembang. Biarkan air rebusan itu menjadi suam-suam dan diisi di dalam baldi besar. Rendamkan kaki anda di dalam air rebusan td hingga sejuk. Lakukan sebelum masuk tidur! Rendam dlm 15minit! (Korang boleh cilok asam gelugur tu dr dapur umah korang! Kalu mak korang tnya mana asam gelugur ilang.. ko ckp ler tak tau! )

2. HILANGKAN LEBAM BAWAH MATA

Ambil sedikit minyak sapi. Sapukan di bawah mata. Kemudian, diurut dari kanan ke kiri dgn perlahan-lahan. Lakukan sebelum masuk tidur. InsyaAllah lebam bwh mata akan perlahan2 samar.

3. SCRUB MUKA

Ambil beras pulut dan ditumbuk hingga halus. Jgn campurkan dgn air. Kemudian, masukkan ke dlm bekas. Apabila ingin mencuci muka, ambil sedikit beras pulut dan pencuci muka, campurkan dgn sedikit air. Gosok perlahan2 pd kulit wajah. Ia akan dpt menghaluskan kulit dan menghilangkan jerawat.

4. KHASIAT SANTAN

Santan kelapa adalah penawar utk terangkan pengelihatan mata. Ambil sedikit santan dan sapukan sebanyak 2-3x pd mata sebelum tidur. Lakukan 2x seminggu utk kesan yg memuaskan. Selain itu, santan jg memainkan peranan dlm menganggalkan segalan kotoran pd muka. Ia jg dpt memberi kelembapan pd kulit.

5. MELEBATKAN RAMBUT

Perah kelapa tua dan ambil patinya yg pekat. Anggarkan utk keperluan rambut anda. Lumurkan pati tersebut di seluruh permukaan rambut, lakukan semasa ingin membasuh rambut. Bilas rambut dgn syampu wangi. Selamat mencuba.

6. KURANGKAN PIJAR DI MUKA

Ambil sebiji timun, buang kulitnya dan hiris nipis2. Simpan di dlm peti sejuk. Setelah sejuk, ambil hirisan td dan letakkan pd bahagian muka yg merah. Biarkan selama beberapa minit. lakukan berselang seli dgn hirisan seterusnya. InsyaAllah pijar akan berkurangan.

7. HILANGKAN BAU BADAN

Ambil tawas (batu kapur yg sgt berkesan utk hilangkan bulu ketiak dan bau badan). Sapukan sedikit losyen pd tawas tersebut dan gosokkan pd celah ketiak stp 3hari sekali slps mandi. InsyaAllah bulu ketiak akan lambat tumbuh dan tiada bau badan yg merungsingkan anda.

Haaaa camner kengkawan? Bukan ke senang tu? Kos pon brapa la sangat kan berbanding dgn yg moden punyer? Try la.. insyaAllah berkat kesabaran.. sure menjadi! Good luck!

At last....

Salam...

Pembuka bicara i guess... untuk satu permulaan.. Im not quite good wit all dis.. got to spent a little bit of time wit it. Actually.. aku sendiri tak tau apa yang nak aku coretkan dalam blog ni. Tak lah rajin sangat nak membelek-belek tentang semua nie.. Bukan sebab takder masa, tapi aku nie ikut mood gak.. kekadang rajin terlebih, kekadang malas yang amat sangat... Biasalah.. faktor sekeliling banyak mempengaruhi.. But then, semua nie sebab adik aku yang insist sangat suruh aku try buat blog aku sendiri. Duk asyik promote blog dia jer.. bila lama2 aku duk belek blog adik aku tu, cam best gak.. why not aku buat jer.. rajin aku buat.. tak rajin aku tinggal.. bukan nak susah sangat ye tak..? so aku try jer lah.. so i could say.. dis blog is specially dedicated to my bro.. hehehe.. so.. apa-apa jua yang terbaik, semuanya dari Allah dan buruk tu dari kelemahan aku sendiri...

so friends.. Welcome to my WoRLd...!!!!

" adik! akak dah buat dah blog akak.." hehehe...

ODE TO MY TRUE FRIEND


The day I met you
I found a friend
And a friendship
thatI pray will never end.

Your smile - so sweet
And so bright
Kept me going
When day was as dark as night.


You never ever judged me,
You understood my sorrow.
Then you told me
it needn't be that way


And gave me the hope
of a better tomorrow.
You were always there for me,
I knew I could count on you.


You gave me advice and encouragement
Whenever I didn't know what to do.
You helped me learn to love myself
You made life seem so good.


You said I can do anything I put my mind to
And suddenly I knew I could.
There were times when we didn't see eye to eye

And there were days when both of us cried.


But even so we made it through:
Our friendship hasn't yet died.
Circumstances have pulled us apart,

We are separated by many miles.


Truly, the only thing that keeps me going
Is my treasured memory of your smile.
This friendship we shareIs so precious to me,

I hope it grows and flourishesAnd lasts unto infinity.


You are so extra-special to me
And so this to you I really must tell:
You are my one true friend,
My Guardian Angel.

Our friendship
is one-in-a-million
So let's hold on
to it and each other.


We cannot let this chance of pure bliss fly away
For there will never be another.


I love you.


I will always love you.

Cinta Sebenar...


Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Tapi pernahkah kita berfikir adakah apa yang kita jumpa itu betul? Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah lama tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah `ia` datang. Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia Cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk mengasihani seseorang. Tetapi untuk mencintai seseorang dan dicintai kembali adalah suatu perkara yang terlalu sukar untuk dicapai kerana cinta tidak akan hadir hanya sekelip mata. Cinta memerlukan pengorbanan yang besar dimana ia tidak semudah untuk dilafazkan. Cinta yang hadir sekelip mata hanya akan mengambil masa yang sama untuk berubah. Tapi cinta yang sebenar mengambil masa sepanjang kehidupan untuk melupakan seseorang. Jangan pandang hanya kepada kecantikan kerana ia mungkin suatu yang palsu. Jangan kejar kepada kemewahan sahaja kerana ia pasti akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari anda yang suram dan kata kata yang dapat menyentuh perasaan anda. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda impikan, pergilah mencari ia kemana-mana yang anda ingin tujui supaya anda tidak menyesal sebelum mencuba daripada mencuba untuk menyesal dengan perlakuan lepas. Dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan dan menunjukkan isi hati anda. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam. Semasa anda dilahirkan, anda menangis kerana genggaman tangan anda terlerai dimana genggaman tersebut terdapat amanat daripada-Nya dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah orang yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda juga akan tersenyum kerana didalam hati mereka terdapat sesuatu yang dapat digenggam hasil dari rasa kecintaan yang lahir dari hati yang tulus, suci dan murni.